Jalan pintas Rawang kini dibuka… Selengkpanya ….

    0
    14

    RAWANG: Lebih 30,000 pengguna kenderaan bakal menikmati akses lebih sempurna dengan pembukaan Jalan Pintas Rawang yang secara tidak langsung mengatasi masalah kesesakan teruk di sekitar bandar ini, terutama pada waktu puncak.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

    “Jalan pintas dari Rawang ke Serendah ini adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya kerana pengguna seakan-akan membelah kabus apabila memandu pada waktu pagi dan selepas hujan.

    “Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jalan pintas berkenaan di sini, hari ini.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr Roslan Taha.

     

    Fadillah berkata, pembinaan struktur jambatan bertingkat sepanjang 2.7 km di laluan itu menggunakan kaedah Overhead Moveable Scaffolding System (MSS).

    Katanya, ia juga membabitkan pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia pada ketinggian 58.2 meter.

    Beliau turut menafikan projek bernilai RM628 juta itu lambat disiapkan walaupun bermula pada 2005 oleh kontraktor Panzana Enterprise Sdn Bhd dan siap sepenuhnya pada 21 November lalu.

    “Kerajaan mengambil kira impak kepada alam sekitar demi memelihara ekosistem kerana pembinaannya melalui Taman Warisan Negeri Selangor.

    “Menerusinya, pembinaan jalan pintas Rawang mengurangkan pengambilan kawasan hutan daripada 64 hektar kepada 23.6 hektar.

    “Ia juga demi memelihara spesies pokok Giam Kanching yang hanya ada di hutan di sini,” katanya.

    Jalan pintas Rawang akan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas mulai 6 pagi  29 November 2017

     

    Sumber : berita harian